To sign my guestbook, you need to signin first. | |
qaseh47 Guestbookqaseh47 (12 years ago) 3 Things to Always Remember? (1)Created: to worship Allaah (2)Goal: Jannatul Ferdose (3)Plan: follow the Qur'aan and Sunnah with sincerity and excellence. qaseh47 (12 years ago) "Jng menyimpan harapan kepada yang tak pasti. kerna yang tak pasti itu mungkin bukn untuk kite, jadi teruskanlah menjalani kehidupan dengn ketenangan, ketabahan, kesabaran & keredhaan Allah S.W.T." qaseh47 (12 years ago) "Seandainya tiada hri esok, hadiahkn ku Al-fatihah & surah yg lalu menenangkn ku & taburkan bunga2 diatas pusaraku...." JamnaH6180 (12 years ago) SABTU gtau cgerai bndar. Kastat jgn btapok. Kastat takot kuboy. Kuboy hyper mkn.. qaseh47 (12 years ago) "(Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati. Dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar." (Al-Baqarah 2:263) qaseh47 (12 years ago) JANGAN BERSEDIH Part 3. APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI? “Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka….. -Surah At-Taubah ayat 111 KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? “Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” -Surah At-Taubah ayat 129 AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!! “…..dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” -Surah Yusuf ayat 12. qaseh47 (12 years ago) JANGAN BERSEDIH… Part2 KENAPA RASA KECEWA? “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” -Surah Al-Imran ayat 139 BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” -Surah Al-Imran ayat 200 “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” -Surah Al-Baqarah ayat 45 qaseh47 (12 years ago) JANGAN BERSEDIH… KENAPA AKU DIUJI? “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” -Surah Al-Ankabut ayat 2-3 KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” -Surah Al-Baqarah ayat 216 KENAPA UJIAN SEBERAT INI? “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” -Surah Al-Baqarah ayat 286 qaseh47 (12 years ago) PART3 Tetapi jangan gundah dan jangan hancur dalam kesedihan. Kita masih ada peluang untuk bertemunya lagi. Masih ada! Iaitu di alam abadi. Di tempat yang tidak akan ada lagi perpisahan ke dua kali. Kerana itu kita perlu saling menasihati dan saling memperbaiki diri, semoga Allah kumpulkan kita sekali lagi di sana nanti. Bertaqwalah kepada Allah, nanti Allah akan cukupkan kita dengan segala kurniaanNya. Ya Allah, kami punya tali persaudaraan yang sukar di tafsirkan, didiklah hati kami dan jadikan kami hambaMu yang Kau redhai, maka dari itu, ku mohon bawalah kasih sayang kami ini sehingga ke syurgaMu, Ya Allah. qaseh47 (12 years ago) PART2 Sakitnya kehilangan tiapa siapa mampu ungkapkan dengan perkataan. Hanya airmata menjadi jawapan. Tambahan pula perpisahan melibatkan insan yang disayang. Perpisahan dengan ibu bapa, saudara, sahabat-sahabat dan mungkin isteri/suami tercinta tentunya akan mengukir parut yang tidak hilang bekasnya lantaran kenangan dan keindahan yang sering terimbas kembali di minda fikiran. Namun, hakikatnya hidup terlalu singkat untuk di habiskan dengan memikirkan segala jam yang telah lepas. Mungkin kalaupun tidak terpisah kerana jodoh dan pertemuan yang kuat, nanti akan terpisah jua oleh maut yang pasti sedang mendekat. Apa yang penting, sesakit apa pun perasaan yang mencucuk di dalam. Jangan lupa kembali mengingati Allah. Segala apa yang kita ada hanya pinjaman. Segala yang termiliki akan dipulangkan. Kita tidak pernah memiliki apa-apa tanpa pemberianNya. Allah pinjamkan mereka untuk kita merasa bahagia. Untuk kita belajar berkasih sayang. Untuk kita saling menebarkan peringatan. | |